Harga input pertanian ini memainkan peranan utama dalam menentu harga pasaran produk aquakultur amnya. Peningkatan harga bahan mentah di pasaran dunia seperti jagung dan kacang soya yang dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak dunia, permintaan yang tinggi terhadap komoditi ini bagi kegunaan industri dan fenomena cuaca dunia yang tak menentu, turut dirasa oleh peternak tempatan.
Contohnya di awal november 2007 berlaku penyelarasan kenaikan (5-10%) harga pallet makanan ternakan di pasaran tempatan oleh pembekal dan pengeluar. Sekiranya struktur harga baru bagi produk aquakultur khasnya tidak dirangka serta diselaraskan dalam masa terdekat ini agak membeban dan merugikan peternak secara keseluruhannya.
Ini diburukkan lagi dengan peningkatan kadar inflasi sejak kebelakangan ini disebabkan kenaikan harga bahan api di pasaran dunia. Sekali gus berlaku pernambahan kos operasi secara keseluruhannya. Struktur harga lama (>10 tahun) masih digunapakai sebagai penanda aras dalam penentuan harga pasaran produk aquakultur agak membebankan golongan yang terlibat dalam sektor ini secara langsung atau tidak. Sumber² makanan alternatif terpaksa diguna dalam menampung kerugian ini, akibatnya isu pro dan kontra timbul dikalangan pengguna dan peternak. Ini merugikan kedua-dua belah pihak pada dasarnya.
Namun kebergantungan peternak pada sumber makanan alternatif hanya dalam jangka masa pendek sahaja dan kebanyakkan melibat ternakan berskala kecil. Secara umumnya kejayaan bidang aquakultur banyak bergantung pada sumber makanan ternakan yang konsisten dari segi bekalan, kualiti dan struktur harga untuk berdaya saing dengan bidang-bidang lain.
No comments:
Post a Comment